Monday, August 15, 2016

Bab 1

Angin yang kuat dan semakin kencang melepasi dirinya lantas membiarkan dia terkapai-kapai dibuai arus yang sejuk itu, dengan gelinangan air mata yang menemani kelopak air matanya.

Dia tak ingin pergi namun dia terpaksa. Terpaksa demi hasrat ibu dan ayahnya yang sanggup mengorbankan diri mereka semata-mata untuk dirinya, demi impian dan hasrat yang terbuku di dalam hatinya kini.

Dia tak ingin pergi namun dia harus demi masa depannya. Masa depan yang tidak diketahui cacat cela mahupun baik rupa. Yang penting adalah dia kekalkan semangat kental dan bersifat positif tanpa sifat yang lemah dan mudah putus asa.

Awan sedia ada berkepul-kepul menjadi hitam, penuh sarat dengan titisan air mata hujan yang deras menghujani bumi lautan sedia ada.

Api yang marak menyala dari tadi mulai padam dari pandangan jauhnya, yang kini hanyalah asap yang timbul darii bumi kelahirannya.

Kenapa dan mengapa ianya terjadi tidak dapat dirungkaikan dalam masa yang cukup singkat ini. Yang pasti, dia akan melaksanakan apa yang harus sebelum tiba masanya untuk membalas dendam...

Teduh seketika di bawah bumbung perahu yang dinaikinya, tanpa sebarang hala tuju yang sebenar. Air lautan sekadar dikemudi mengikut aliran arus sedia ada. Ditenungnya ke arah hadapan tanpa sebarang kelip, tidak diketahui sudah berapa lama dia di sana.

Lapar dan penat, apakan daya sekadar menghiasi perut dengan air laut walaupun masin.

Dia membaringkan dirinya dengan beralaskan kain berwarna hijau yang mempunyai kesan darah, darah merah pekat yang dimuntahkan oleh ayahnya tika dia ditolak menaiki perahu itu.

Darah disebabkan tamparan kuat yang dikenakan oleh penyerangnya, tamparan yang sungguh berkuasa dan dengan begitu sahaja telah merampas nyawa ayah yang disayanginya.

Lamunannya terhenti seketika apabila sekujur tubuh seorang lelaki sedang berdiri tegak di tepi perahunya tanpa berjejak sepenuhnya. Dirinya hanyalah berdiri di hujung sudut perahu kecil. Kalau ikutkan, semestinya perahu itu akan terumbang ambing disebabkan oleh ketidakseimbangan dan mereka berdua pastinya akan terjatuh ke dalam sungai itu. Namun bukan pada lelaki tersebut.

"Maafkan aku kerana gagal melindungi engkau sekeluarga, dan maafkan aku jua sebab ..." ayatnya terhenti seketika. Ibarat sukar untuk menyambung ayat yang seterusnya.

"Sebab aku tidak akan dapat melindungi kau lagi mulai dari hari ini..."

Matanya terkebil-kebil kerana silau daripada cahaya matahari yang mula terbit.
Tidak disangkanya sudahpun berlalu masa dengan begitu pantas tanpa dia sedari.
Apa yang dia ingat adalah berupa perbualan di antara dia dengan seorang lelaki yang menggelarkan diri sendirinya sebagai seorang Pendekar Legenda.

Pendekar yang telah sekian lama melindunginya semenjak dia kecil hinggalah umurnya kini mencecah usia yang ke 18. Namun tiba juga masanya di mana pendekar ini akan tertewas dan gagal dalam melaksanakan tugasnya.

Tugas yang diamanahkan oleh seseorang, belasan tahun yang lepas.

Kini di depannya adalah sebuah buku kecil yang merupakan satu buku panduan yang bersalutkan emas. Buku yang menjadi rebutan golongan pendekar seluruh dunia alam.

"Ini sahaja yang boleh aku lakukan untukmu. Tenaga yang akan ku pindahkan akan membolehkan engkau memiliki kebolehan dan kekuatan yang engkau tidak akan terbayang. Namun ini tidak bererti engkau akan berjaya kelak."

Suara pendekar tersebut terngiang-ngiang di kedua dua belah telinganya, seperti dibisik dengan halus ketika dia tidak sedarkan diri apabila berjumpa semula dengan pendekar tersebut.

"Di sini adalah buku panduan rahsia yang khas untukmu. Berlatih sebaik mungkin. Nescaya, engkau akan menjadi seorang yang tak terkalah di kemudian hari. Dan engkau pasti akan dapat membalas dendam!"